Berselawat kepada Nabi s.a.w bermaksud "doa", memberikan rahmat, berkat dan ibadat. Selawat yang dilaksanakan oleh hamba kepada Allah, ertinya hamba itu melakukan ibadat dan berdoa.

Sebaik-baik selawat yang diucapkan adalah seperti apa yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang cara berselawat ke atas baginda. Lalu baginda s.a.w bersabda dengan membacakan doa ini:


ا للهم صل على مهمد وأزجه وذريته كما صليت على آل إبراهىم، وبارك على مهمد وأزجه وذريته كماباركت على آل إبراهىم، إ نك حميد مجيد

Antara kelebihan berselawat menurut hadis-hadis yang dikumpulkan dalam kitab Syarh al-Baqiyyat al-Salihat oleh Ibn Uqlisyi al-Andalusiy adalah seperti berikut:

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.                                                                                          
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang hampir denganku pada hari akhirat adalah orang     paling banyak berselawat ke atasku di dunia." ( Riwayat al-Tirmizi, al-Bazzar dan Ibn Hibban dalam kitab sahihnya).

2. Mendapat rahmat daripada Allah dengan dilipat-gandakan sebanyak 10 kali dengan sekali selawat.

3. Mendapat keampunan dosa.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berselawat ke atas sekali, maka akan dituliskan baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan dan ditinggikan 10 darjat, dan diperlihatkan kepadaku amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yang dimintaakan itu."

4. Mendapat doa malaikat.

5. Ditinggikan darjatnya di sisi Allah.

6. Dapat berhubung secara langsung dengan Nabi Muhammad s.a.w kerana setiap salam yang diucapkan itu terus sampai kepada Nabi s.a.w.

7. Doa dimakbulkan oleh Allah.

8. Membersihkan hati.

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan al-Nasa'i. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Berselawatlah kamu ke atasku kerana selawat kamu itu membersihkan hati kamu dan mohonlah kepada Allah agar mengurniakan kepadaku al-Wasilah."


9. Mendapat perlindungan pada hari akhirat.

10. Terselamat dari sikap bakhil. Nabi s.a.w bersabda maksudnya:

"Orang yang bakhil adalah seseorang yang apabila disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku."


101 DOA DARI HADIS-HADIS SAHIH  ZAHAZAN MOHAMED


 
Top