tuk+kenali

BIDANG KEAGAMAAN

TOKOH: Muhammad Yusuf bin Ahmad. Terkenal dengan panggilan Tuk Kenali.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1870, di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Ada sumber menyebut beliau lahir pada tahun 1879 dan sumber lain menyebut tahun 1868. Belaiau meninggal dunia pada 19 November 1933.


PENDIDIKAN :

Pendidikan tak formal daripada datuknya Tok Leh dalam pelajaran al-Quran dan tulis-menulis dalam “bahasa Jawi”.
Melanjutkan pengajian pondok di masjid besar al-Muhammadi, Kota bahru, Kelantan dan disekitar Kota Bharu, termasuk di Sungai Budor dalam pelajaran Bahasa Arab, Nahu, Saraf dan Pengetahuan Agama, 1878 - 1880.
Melanjutkan pelajaran ke Mekkah, bergurukan Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan beberapa guru agama yang lain, 1886 - 1909.
Melawat sambil belajar di Mesir ketika masih menetap di Mekkah.

KERJAYA:

Ahli Majlis Agama Islam Kelantan, 1915.
Anggota Jemaah Ulama Majlis, 1918.
Pengarang Kehormat/Penasihat majalah Pengasuh, 1918.
Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah, Kota Bharu, 1924.
Penolong Mufti, 1929.
Ketua Pelajaran Agama di Masjid Muhammadi dan di Madrasah al-Muhammadiah, 1931 – 1933.

PENCAPAIAN:

Berjaya melahirkan angkatan ulama dan pendakwah terkenal yang mempunyai keahlian dalam pelbagai bidang di seluruh pelusuk Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-20. Antara yang patut disebut namanya ialah Haji Abdullah Tahir, Bunut Payung, Haji Ali Salahuddin, Pulau Pisang, Syekh Uthman Jalaluddin, Seberang Perai, Syekh Anjun Asahan, Sumatera Timur, Haji Yaakub Legor, Thailand, Dato’ Haji Ahmad Maher al-Azhari, Mufti Kerajaan Kelantan, Dato’ Haji Abd. Rahim Yunus, Mufti Kerajaan Johor, Haji Hasan Abu Bakar, Mufti Kerajaan Melaka dan Dato’ Haji Hassan Yunus, Menteri Besar Johor.
Mencapai tahap seorang alim Rabbani yang kehidupannya berpandukan kitab al-Quran di samping Sunnah dengan memilih hidup yang serba sederhana.
Dianggap banyak pihak sebagai seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan memperoleh ilmu ladunni, iaitu menerima ilmu kurniaan Illahi tanpa belajar.
Mengasaskan majalah Pengasuh (1918) dan mendirikan madrasah al-Jami’iyyah al-Asriyyah di Kota Bharu, Kelantan (1924).

INOVASI:

Membuat banyak pembaharuan dalam cara mengupas soal-soal agama berdasarkan al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Dikatakan pembaharuan ini adalah akibat daripada pengaruh perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849 – 1905). Juga beliau amat terpengaruh dengan ajaran ahli Falsafah Islam al-imam Ghazali (1058 – 1111).
Atas inisiatif dan nasihat beliau, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berjaya ditubuhkan pada 24 Disember 1915.
Dengan dorongan beliau Majlis telah menrbitkan majalah Pengasuh yang diterbitkan setiap hari.
Atas nasihat Majlis Agama Islam Kelantan, beliau mengambil inisiatif menterjemhkan Tafsir al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta’will fi Na’ani at-Tanzil”.
Mendorong penubuhan sekolah-sekolah Melayu, seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian, 1920 dan Sekolah Melayu Mentuan dengan mengenakan syarat bahawa sekolah itu pelajaran yang diajar tidak menyeleweng daripada ajaran Islam.

tuk+kenali+sekeluarga+crop

PENULISAN/PENERBITAN :-


ESEI:


  • “Kemanusiaan”, Pengasuh, 11 Julai 1918.
  • “Kemanusiaan dan Bahagiannya”, Pengasuh, 24 Julai 1918.
  • “Menjernihkan kekeruhan” Pengasuh, 24 Julai 1918.
  • “Seruan,” Pengasuh, 24 Julai 1918.
  • “Kenyataan dan Pengharapan Besar”, Pengasuh, 24 Julai 1918.


BUKU:


  • Pusaka Tuk Kenali, berupa kumpulan cerpen beliau yang pernah tersiar dalam majalah Pengasuh dan al-Hidayah.
  • 12 Cerpen Tuk Kenali.
  • Tuk Qadhi dan Tuk Guru.


Buku-buku ini dierbitkan atas usaha Abdullah al-Qadri.

ANUGERAH/GELARAN:

Anugerah Tokoh Ulama Silam 1977/78 oleh Universiti Kebangsaan Malysia (UKM).


Source: afyassin.blogspot.com
 
Top