Nasab Nabi Muhammad s.a.w

Terdapat 3 bahagian tentang nasab Nabi s.a.w.

Bahagian yang disepakati kebenarannya oleh pakar biografi dan nasab, iaitu sampai kepada Adnan.
Bahagian yang diperselisihkan melibatkan antara nasab yang tidak diketahui secara pasti dan nasab yang harus dibicarakan atau diperkatakan, iaitu tepatnya Adnan hingga kepada Ibrahim a.s.
Bahagian yang sama sekali tidak diragukan bahawa di dalamnya ada perkara yang tidak benar, iaitu Ibrahim a.s ke atas hinnga kepda Adnan.


Berikut ini adalah keterangan dari tiga bahagian tersebut:

BAHAGIAN PERTAMA

Muhammad bin Abdullah bin Abu Muththalib (yang nama sebenarnya Syaibah), bin Hasyim (nama sebenarnya Amru), bin Abdul Manaf (nama sebenarnya al-Mughirah), bin Qushay (nama sebenarnya Zaid), Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr (yang bergelar Quraisy dan menjadi nama kabilah), bin Malik bin an-Nadhir (nama sebenarnya Qais), bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (namanya Amr),bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan. (Sirah an-Nabawiyah, Ibnu Hasyim, 1/1-2; Rahmah Lil- 2/11-14, 52).

BAHAGIAN KEDUA

Adnan dan seterusnya iaitu Ud bin Hamaisa',bin Salaman bin Aush bin Bauz bin Qimwal bin Ubai bin Awwam bin Nasyid bin Haza bin Baldas bin Yadlaf bin Thabikh bin Jahim bin Nahisy bin Makhy bin Idh bin Abqar bin Ubaid bin ad-Da'a bin Hamdan bin Sinbar bin Yatsriby bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awy bin Idh bin Daisyan bin Aishar bin Afuad bin Aiham bin Muqshir bin Nahits bin Zarih bin Sumay Muzay bin Iwadhah bin Aram bin Qaidan bin Ismail a.s bin Ibrahim a.s. (Al- Allamah Muhammad Sulaiman al-Manshurfury telah menghimpun bahagian nasab ini berdasarkan riwayat al-Kalby dan Ibnu Sa'd, setelah membuat kajian yang terperinci. Lihat Rahmah Lil 'alamin 2/14-17. Ada perbezaan pendapat tentang masalah ini dalam pelbagai sudut sejarah).

BAHAGIAN KETIGA

Ibrahim dan seterusnya iaitu Tarih (sebenarnya Azar) bin Nahur bin Saru' atau Sarugh bin Ra'u bin Falakh bin Aibar bin Syalakh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s bin Lamk bin Matausyalakh bin Akhnukh atau Idris a.s bin Yard bin Mahla'il bin Qainan bin Yanisya bin Syaits bin Adam a.s. (Sirah Nabawiyah, Ibnu Hisyam, 1/ 2-4; Talqihu Fuhumi Ahlil-Atsar, hal. 6; Khulashatys-Sair, ath-Thabary,hal. 6; Rahmah Lil 'alamin, 2/18. Ada perbezaan dalam menyebutkan nama-nama ini dan ada pula sebagainya yang tidak disebutkan.).
 
Top