(Nota: Dipetik dari ruangan Ask_Ustaz di rantauan.com)
Saya nak tanya tentang puasa sunat dalam bulan sya'ban..bolehkah seseorang itu berpuasa sunat sepanjang bulan sya'ban tanpa mengira hari (selain hari isnin & khamis), kecuali sehari sebelum ramadhan sebagai menghormati kelebihan puasa sebulan d bulan ramadhan?...selepas nisfu sya'ban bolehkan puasa sunat? ana ada baca satu buku tentang amalan puasa sunat selepas nisfu sya'ban tidak digalakkan kerana memberi masa kepada muslimin & muslimat untuk fokus kepada ibadah puasa ramadhan, tetapi kelonggarannya pada yang masih berbaki bilangan puasa yang belum diganti?...Wassalam...
-----------------------------
-----------------------------
Jawaban : Salam Sememangnya kita dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban lebih dari yang biasa. Lihat hadith di bawah :
Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi s.a.w tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban, dan baginda s.a.w telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda s.a.w bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib)kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda s.a.w apabila mendirikan sembahyang maka baginda s.a.w sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, bolehlah berpuasa pada hari-hari selain Isnin dan Khamis kecuali pada sehari sebelum masuk Ramadhan i.e 29 atau 30 Syaaban untuk mengelakkan kekeliruan kerana bercampur aduk kiraan puasa sunat dan wajib. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ulama berkhilaf tentang meneruskan puasa setelah Nisfu Syaaban. Tapi khilaf ini pada sudut lebih baik atau tidak, bukan soal haram atau tidak.
Yang masyhur ialah boleh meneruskan puasa setelah Nisfu Syaaban bagi mereka yang memang telah biasa mengamalkan puasa-puasa sunat sebelumnya tetapi makruh bagi mereka yang tidak. Namun pendapat yang lebih kuat ialah boleh meneruskan puasa bagi sesiapa sahaja, samada yang biasa berpuasa sunat atau tidak kerana berdasarkan pada keumuman hadith mengenai Rasulullah s.a.w memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban.
Wallahu A`alam Sumber: hanifiyah.multiply.com