Kita seringkali mendengar ungkapan yang berbunyi:

"SEMBAHYANGLAH KAMU,
SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN"

Ungkapan ini tujuannya adalah untuk mengajak umat islam supaya menunaikan solat dan ianya adalah suatu niat yang baik.Tetapi adakah ungkapan ini benar?

Firman Allah S.W.T:


9_84

Maksudnya:

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

surah At-Taubah ayat 84 


Dari ayat di atas maka sepatutnya ungkapan yang di atas seharusnya berbunyi :

"SEMBAHYANGLAH KAMU,
SEBELUM KAMU TIDAK DISEMBAHYANGKAN"

Bukan tujuan hendak mempersoalkannya tapi persoalannya yang mana satu yang lebih benar?

WALLAHU 'ALAM
 
Top