0

MAS Pula Minta Bukti Dari Kerajaan Yang #MH370 Terhempas Di Lautan Hindi. | Ameno World:

Tue dia.

MAS pun tatau.

MAS pun tak diberikan bukti. Apatah lagi keterangan lanjut dari pihak2 yang menyiasat perkara ini.

Tapi MAS yang teruk kena maki dengan orang2 China angkara statement Najib. Adoyai..

Untuk membaca kenyataan Najib berhubung isu MH370 berakhir di lautan hindi selatan, rujuk sini.

Bukan aku nak salahkan Najib sangat ke Hishammuddin sangat ke BN sangat ke apa ke. Cuma siyes aku cakap, umumkan kematian tanpa ada apa2 bukti konkrit untuk mengesahkan kejadian tersebut memang berat akibatnya.

Memang betul. Najib tak pernah sebut terhempas. Ada dia sebut? Dia tak pernah sebut beb. Dia cakap perjalanan MH370 telah berakhir di lautan hindi. Apa ada kat lautan hindi? Air aje kot. Macam mana MH370 nak mendarat? Boleh. Tapi mendarat dalam air la jawabnya. Oleh kerana manusia tak boleh hidup dalam air maka, kenyataan Najib memberikan gambaran bahawa kesemua anak kapal dan penumpang pesawat MH370 telah pun mati.

Itu sebab MAS pergi edarkan berita melalui panggilan telefon dan mesej bahawa nyawa ahli keluarga tersayang mereka tidak dapat diselamatkan. Tengok tue. MAS pun terheret sama dalam keputusan yang diputuskan dan disimpulkan oleh kabinet Najib. Persoalannya, sapa yang memandai2 simpulkan kenyataan tersebut? Sekarang semua orang taknak ngaku. INMARSAT dah keluarkan statement yang menempelak Najib tahu. Rujuk sini pula.

Sekarang MAS pula.

Macam mana MAS nak bawa ahli2 keluarga mangsa ke sana ke mari kalau takde bukti MH370 terhempas kat lokasi2 yang dinyatakan sebelum2 ini?

MAS neh GLC. Kita kena sayang juga MAS serba sedikit. Taknak sayang BN takpela. Dia nak pergi mampos itu dia punya pasal la kan. MAS neh kalau kita letakkan orang2 yang betul untuk urus tadbir dia, jadi elok dah balik dia.

Itu je masalah utama pada MAS.

Itu sebab kita kena nyahkan BN seberapa cepat yang boleh bagi mengembalikan MAS ke kedudukan asal dia.

Tindakan Najib neh memang ada bengongnya juga. Tak pasal2 MAS kelam kabut melayan ahli2 keluarga mangsa. Sudahla dia serabut bagai dengan kehilangan MH370. Serabut lagi kakitangan2 depa mendapat cercaan awam. Serabut lagi kredibliti pilot2 mereka jadi pertikaian umum. Serabut lagi bab kredibliti penerbangan MAS. Serabut bab saham. Serabut bab kerugian. Ini Najib tambah serabut lagi.

Hish.

BN BN BN.. berhentilah tambah burukkan situasi, boleh tak?

Dan err.. i love my country okay. I dislike BN only. And surely i don't want to unite under politics especially being forced to unite because BN asks we to do so, unless united as Malaysian because we are Malaysians. Just to let you know that Najib. Harap maklum.

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top