ZAKRI ALI: Tak Serik Serik - Konsert Liar Terus Diadakan ??:
Konsert Liar Lagi!!!Apakah konsert ini juga akan dikatakan bertujuan untuk menjana pendapatan ekonomi dan memacu pertumbuhan sektor pelancongan negara?
Seperti yang kita semua ketahui bahawa acara2 sebegini pastinya akan mengundang pelbagai masalah sosial seperti maksiat, arak, pil khayal dan macam2 lagi.
Konsert FMFA yang telah mengorbankan 6 orang (4 Melayu Islam) sepatutnya dijadikan iktibar dan pengajaran berguna bukan sahaja kepada pihak kerajaan tetapi semua pihak/agensi yang memberi kelulusan acara2 begini.
Apakah kita ingin melihat sehingga jumlah mencecah ratusan/ribuan anak2 muda Malaysia meninggal/mati pada konsert seperti ini baru tindakan kekangan nak dilaksanakan.
Sebaiknya, kan lebih bagus jika kita 'mencegah daripada mengubati'.
Diharap agar pihak2 yang berwajib SEGERA membatalkan acara hiburan ini supaya negara Malaysia yang kita cintai ini tidak lagi dilanda pelbagai musibah dan mendapat kemurkaan Allah SWT.
Post a Comment Blogger Disqus